SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini mula beroperasi pada 1 Januari 2001 di bawah pengurusan pengetuanya yang pertama, Puan Halimah binti Ali 15 Julai 2001. Pentadbiran sekolah ini diteruskan lagi di bawah naungan pengetua yang baru, Puan Hajjah Siti Raudah binti Moh mulai 16 Julai 2001 hingga kini.
Sekolah ini terletak di tengah-tengah kawasan perumahan Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor Bahru yang pesat membangun. Lokasinya kira-kira 25 kilometer dari bandaraya Johor Bahru.Sekolah ini dibina untuk memenuhi keperluan pendemokrasian pendidikan di bawah Rancangan Malaysia ke-Enam (Program Kementerian Pendidikan Malaysia) dan dibina melalui kaedah “plan and build” oleh pihak pemaju perumahan Mutiara Rini.
Bangunan-bangunan, kantin dan surau sekolah ini telah dibina berpandukan pelan yang direka bentuk oleh Pemaju Perumahan Taman Mutiara Rini. Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan fizikal meliputi 36 buah bilik darjah, 3 buah bengkel Kemahiran Hidup dan enam buah makmal sains. Kemudahan-kemudahan lain adalah seperti surau, koperasi sekolah, kedai buku, bilik kesihatan, makmal komputer, bilik seni, bilik muzik dan bilik bahasa.
Pada awal pembukaannya, SMK Taman Mutiara Rini menerima pelajar dari SMK Taman Universiti dan SMK Taman Skudai Baru.Jumlah pelajar ketika sekolah ini mula beroperasi ialah seramai 800 orang . Jumlah tersebut terus meningkat kepada 1300 pada tahun 2002. Pada tahun 2003 bilangan pelajar terus meningkat menjadi 1500 orang .Pada tahun itu juga Pejabat Pelajaran Daerah telah mengarahkan SMK Taman Mutiara Rini menawarkan tingkatan enam. Dengan perkembangan ini, pengurusan SMK Taman Mutiara Rini telah mengambilkan keputusan untuk menjadikan dua sesi persekolahan, iaitu tingkatan peralihan,tingkatan 1 dan 2 di sesi petang dan tingkatan 3,4,5 dan 6 pada sesi pagi.
Pada sesi persekolahan 2005 ini, SMK Taman Mutiara Rini telah berusia empat tahun dengan jumlah pelajar seramai 1500 orang dari tingkatan peralihan hingga tingkatan 6 Atas.